Course categories


Available courses

Kursus ini memberi fokus kepada konsep dan amalan teknologi pengajaran. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran. Pelajar akan mengaplikasikan kemahiran teknikal dalam menghasilkan media pengajaran yang berkualiti dan berkesan serta mengurus media dan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan cekap.

This course is offered so that students can apply the skills of various technology in teaching and learning and also to master the skills of planning, selecting, producing and evaluating instructional media efficiently.

Organisasi dan Sistem komputer adalah teras kepada dunia perkomputeran dan sistem maklumat digital. Sehubungan itu, kursus ini menyediakan pelajar pengkomputeran dengan kefahaman mengenai ciri-ciri, fungsi, prestasi dan interaksi komponen komputer. Kefahaman yang tinggi dalam bidang ini akan membawa kepada keupayaan untuk menjustifikasi program dan perisian sistem yang lebih baik, mengurus dan memasang peranti komputer serta menilai prestasi sistem komputer

Pengetahuan dan kemahiran tentang sistem rangkaian termasuk keperluan perkakasan dan perisian rangkaian, bagaimana ia berfungsi serta keupayaan membina dan mengurus rangkaian adalah aspek penting yang perlu dikuasai oleh seorang guru TMK. Kemahiran ini membolehkan kemudahan dan perkhidmatan dalam rangkaian diaplikasikan dan diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.